TAHNIAH!

Puteri UMNO Sandakan dan seluruh Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH atas kemenangan Ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, bersama Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Pn. Shahanim Mohamad Yusoff.

Ucapan TAHNIAH juga atas perlantikan Ketua Puteri UMNO Sabah yang baru Cik Musliati Moslimin, bersama Naib Ketua Puteri UMNO Sabah Cik Zakiah Kalipunya.

Semoga dengan kepimpinan yang baru ini akan membawa Puteri UMNO ke satu tahap yang lebih gemilang.

Selamat Maju Jaya !!

Puteri Sandakan 2001-2008

Sini Sana Di Manek Urai...

24 Mei 2009

MESYUARAT PERTAMA PUTERI UMNO NEGERI SABAH

.
'Mesyuarat Pertama Puteri UMNO Negeri Sabah' telah diadakan pada 23 Mei 2009, bertempat di Kimanis Ballroom, HYATT, Kota Kinabalu.

Acara seterusnya diteruskan dengan sesi 'Sidang Media'.

Manakala sesi ketiga pula diteruskan dengan 'Majlis Jasamu Dikenang' yang merupakan satu acara penghargaan buat Bekas-bekas Ketua Puteri yang telah sama-sama berjuang dan berbakti dalam Barisan Puteri selama ini.

******************************************************

Angkat Sumpah..

G5 PUTERI SABAH. Dari Kiri : Efaridun (Bendahari), Zakiah (Naib Ketua Puteri), Musliati (Ketua Puteri), Aziah (Setiausaha) & Nazliah (Penerangan).

Barisan Jawatankuasa Puteri Negeri Sabah.


Mantap...


Sidang Media..


Majlis 'Jasamu Dikenang'


Antara yang menerima penghargaan dalam majlis tersebut..

Mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan Pn. Noraini Sulong (dua dari kanan) sedang menerima cendera kenangan dari Ketua Puteri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan